Apa Itu Tibi?
.
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan dengan sempurna.
.
Penyakit Tibi ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain anggota badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.
.
Pelbagai cara telah dilakukan. Langkah pencegahan juga telah dilaksanakan. Namun, penularan penyakit tibi (tuberculosis) tetap tidak ada surutnya. Malah angkanya terus meningkat dari tahun ke tahun.
.
✔Tanda & Gejala Penyakit Tibi
3 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80% daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26% kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit tahu cara merawat tibi dengan mendapatkan rawatan sewajarnya.
.
✔Langkah Pencegahan
Menurut kajian, pesakit yang aktif tibi akan menjangkiti 10 hingga 15 orang di sekelilingnya. Bagi pesakit yang disahkan tibi mereka perlu :
.
Mematuhi arahan pengambilan ubat yang telah ditetapkan tempohnya.
Ambil cuti dan tidak ke tempat kerja atau sekolah bagi mengelakkan kuman tibi tersebar.
.
Selepas beberapa minggu rawatan, pesakit akan rasa lebih baik dan tidak akan menjangkiti orang lain lagi. Doktor akan menasihatkan waktu yang paling sesuai untuk kembali berkerja atau ke sekolah.
Asingkan bilik tidur, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya. Elakkan bersentuhan dengan orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.
.
Dari segi ventilasi, pastikan sistem pengudaran rumah dan pejabat dalam keadaan baik. Halakan kipas ke arah tingkap untuk meniup angin keluar dari ruang bilik. Ini akan mengurangkan peluang bakteria tibi untuk terus berada dalam ruang dan menjangkiti orang lain.
.
Selain itu, kanak-kanak yang merupakan golongan mudah dijangkiti tidak digalakkan untuk mengunjungi hospital bagi mengelakkan penyebaran kuman tibi. Bagi bayi baru lahir, suntikan BCG mampu memberi perlindungan daripada bakteria tibi.
.
Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas pekerja yang masuk ke negara ini terutama jika dari negara dunia ketiga.
.
✔Cara Merawat Tibi
Bakteria tibi mempunyai dinding sel yang tebal dan amat sukar untuk dibunuh menggunakan antibiotik. Kuman ini juga boleh hidup di dalam sel-sel darah dan di dalam tisu anggota badan lain.
.
Oleh itu, rawatan tibi perlu terus diberikan selama 6 bulan supaya semua kuman di dalam dan di luar sel dapat dibunuh sepenuhnya.
.
Cara merawat tibi ini adalah dengan memberikan antibiotik kepada pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan kuman tibi menjadi kebal kepada ubat (multidrug resistance tibi). Ubat yang biasa diberi adalah isoniazid, rifampicin, pyrazinamide, dan ethambutol. Pesakit perlu mengambil ubat-ubat ini setiap hari bagi 2 bulan pertama, sehinggalah pemeriksaan doktor dijalankan.
.
Sekiranya pemeriksaan doktor menunjukkan kemajuan dari segi simptom, imej imbasan sinar-X dan pemeriksaan kahak, cara pengambilan ubat akan diubah kepada 2 kali seminggu untuk 4 bulan seterusnya. Imbasan sinar-X dan ujian kahak perlulah dijalankan setiap 2 bulan sepanjang tempoh rawatan, sehinggalah pesakit didapati sembuh sepenuhnya (selalunya hanya dalam tempoh 6 bulan).
.
Seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga mempunyai kesan sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan letih. Adalah sangat penting pesakit memaklumkan doktor atau jururawat jika terjadi sebarang kesan sampingan yang teruk.
.
Kejadian kuman tibi yang kebal kini didapati meningkat di beberapa negara di rantau Asia. Kuman jenis ini amat sukar dihapuskan dan kadar kematian pesakit akibat jangkitan kuman tibi kebal adalah setinggi 80%.
.
✔Ikhtiar Penyakit Tibi Dengan Suplement Semulajadi
💗Vivix®💗
💗Vivix bertindak memperbaiki kesihatan pada tahap sel & DNA.
.
💗RESVERATROL yang terkandung di dalam Vivix mampu membantu mengurangkan inflamansi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.
.
💗RESVERATROL telah terbukti berkesan membantu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
.
💗4 bahan utama Vivix iaitu Anggur Muscadine, Knotweed (Polygonum Cuspidatum), Eldeberry Eropah & Purple Carrot mengadungi antioksida yang tinggi dan anti-viral membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
.
Dapatkan Vivix awda dengan menghubungi:
📲WA 6738864384
💻FB/IG 🌟Rose Emalda🌟
.
🅿MEETPOINT:
ⓂTEMBURONG: No:13, Spg 635, Kg Negalang Ering (MINISHOP) & Pekan Bangar
ⓂKUALA BELAIT: Supa Save, Panaga & Soon Lee, Sg Liang
ⓂBSB : Giant Rimba, Hua Ho Bunut & Soon Lee Batu Bersurat