Monday, 8 May 2017

AWAS! TIBI PENYAKIT BERJANGKIT MERBAHAYA!

AWAS! Tibi atau Batuk Kering adalah sejenis penyakit berjangkit yang BERBAHAYA yang boleh membawa maut jika tak diubati dengan kadar segera.

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut kalau tidak dirawat. Tibi ni berpunca daripada kuman mycobacterium bacillus yang ditemui oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Pun begitu, melalui peredaran darah, kuman ini masih boleh merosakkan bahagian tubuh lain macam buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan lain-lain. 

BAGAIMANA PENYAKIT TIBI MEREBAK?

Bila pesakit pulmoni aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-terapung itu akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yg berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

GEJALA DAN SIMPTOM PENYAKIT TIBI

Batuk berkahak melebihi 2 minggu atau lebih
Kahak berdarah
Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
Mengalami sakit dada khususnya bila batuk atau menghela nafas panjang
Hilang selera makan
Berat badan menyusut
Mudah letih dan lemah badan

LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI

Bayi2 baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yg berumur 20 tahun ke bawah
Sekiranya batuk berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk uji kahak kita
Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yg tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yg lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan

GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN PENYAKIT TIBI

Penduduk miskin yg tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
Pembawa HIV
Mereka yg menghidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang
Pesakit yg mengambil ubat steroid dalam jangka masa yang lama
Warga tua
Perokok tegar

CARA MENDIAGNOSIS PENYAKIT TIBI
Kalau mengalami batuk berpanjangan, kita hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma

Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru kita

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT TIBI
Terdapat empat jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi. Ubat-ubat itu ialah:
Rifampicin (RIF)
Isoniazid (INH)
Pyrazinamide (PZA)
Ethambutol (EMB)
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari yang disaksikan oleh Pengamal Perubatan (Doktor) atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Kemudian pada empat bulan seterusnya ia dikehendaki memakan ubat tiga kali seminggu, juga dibawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh di sembuhkan.
TIPS SEMASA RAWATAN UNTUK PESAKIT TIBI
Sekiranya kita pesakit tibi yg sedang menjalani rawatan, kita hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
Rehat secukupnya
Makan makanan seimbang
Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman2 tibi pada sepanjang masa
Jangan biarkan diri dikuasai oleh roko kerana ianya hanya memburukkan keadaan
Banyakkan bersenam
Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yg sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak
Biarkan cahaya matahari memasuki rumah kita dengan banyaknya sebab ia berupaya membunuh kuman tibi yg terapung2 di udara dan berselindung di sudut2 rumah
Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yg sempit
Ambil supplemen yg boleh meningkatkan sistem imunisasi badan

ALTERNATIF SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK BANTU PESAKIT TIBI @ BATUK KERING

VIVIX SHAKLEE

👉 RESVERATROL yang terkandung di dalam Vivix mampu membantu mengurangkan inflamansi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.

👉 RESVERATROL telah terbukti berkesan membantu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.

👉 4 bahan utama Vivix iaitu Anggur Muscadine, Knotweed (Polygonum Cuspidatum), Eldeberry Eropah & Purple Carrot mengadungi antioksida yang tinggi dan anti-viral  membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Bagaimana nak dapatkan Vivix Shaklee membantu masalah penyakit Tibi? Hubungi saya sekarang:

📲Watssap +6738864384
💻FB/IG ~ Rose Emalda

STOKIS DAN PENGEDAR VITAMIN SHAKLEE DI BRUNEI (TEMBURONG, KUALA BELAIT DAN BANDAR SERI BEGAWAN) & SARAWAK