APA ITU KAYAP?
Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).
Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf tersebut.
GEJALA DAN TANDA
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.
KOMPLIKASI
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.
Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy).
Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang).
Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).
RAWATAN
Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:
Meredakan kesakitan
Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.
Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs) seperti diclofenac dan
Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak.
Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.
Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.
Vivix Sangat Berkesan Bagi masalah penyakit kayap
Vivix™, sejenis tonik anti-penuaan selular merupakan satu revolusi dalam usaha menentang penuaan pada tahap selular. Dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee Corporation, syarikat nombor satu pemakanan semulajadi di Amerika Syarikat, Vivix adalah pemakanan tambahan anti-penuaan yang terbaik di dunia. Melalui kajian makmal, ramuan Vivix telah terbukti memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penyebab penuaan.
Penggunaan Vivix selama 30-hari memberikan jumlah resveratrol yang setara seperti yang terdapat dalam 3,000 gelas wain merah, dan bahan-bahan Vivix telah ditunjukkan dalam kajian makmal sebagai 10x lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan berbanding resveratrol sahaja.Wain merah haram, Vivix ada sijil halal. hihihi. Resvestrol tu merupakan agen anti penuaan yang paling kuat dari alam semulajadi. Kesan anti-inflamasi nya juga adalah 60kali lebih tinggi daripada Aspirin.
Apa yang bagus tentang Vivix berbanding lain-lain jenama anti-penuaan?
Rumusan Vivix Shaklee adalah rumusan supplement anti-penuaan terbaik di dunia. Vivix merupakan Anti-penuaan yang paling berkuasa, paling berkesan dan yang paling UTAMA sekali adalah resveratrol anti-penuaan yang 100% semulajadi berbanding lain-lain jenama anti-penuaan yang terdapat di pasaran.
Kelebihan Vivix -
-Memanjangkan tempoh hayat sel.
-Memperbaiki sel-sel yang hampir musnah. Dalam bahasa pasarnya, sel yg pendek dipanjangkan semula.
-Menguatkan sel-sel supaya tidak mudah musnah (Perlindungan Selular)
-Mempertingkatkan fungsi sel
Bagaimanakah Vivix berfungsi?
• Membantu melindungi dan membaiki DNA sel
• positif kesan pengawal selia genetik
• Menggalakkan biogenesis mitokondria
• Melambatkan pembentukan UMUR (Advanced produk End glycation) protein
• Menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular
• Menyokong kesihatan otak
• Menyokong fungsi imun
• Menyokong kesihatan sendi
• Menggalakkan sel panjang umur (sel pun ada hidup ada mati tau)
• Menggalakkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup
• Sebagai Bekalan antioksidan; melawan radikal bebas
• Meningkatkan tenaga sel
MENGAPA MESTI MEMILIH SHAKLEE
✔DI JAMIN HALAL
✔MENDAPAT KELULUSAN KKM
✔TIADA KESAN SAMPINGAN
✔TERBUKTI SEMULAJADI
✔TERBUKTI BERKESAN
✔TERBUKTI SELAMAT
CARA ORDER
sms/whatsapp:
6738864384
FB/IG~Rose Emalda
#Stokis & Pengedar Vitamin Shaklee Brunei (Temburong, Kuala Belait & Bandar Seri Begawan & Sarawak )