Thursday, 4 May 2017

MATI MENGEJUT! ADAKAH BERKAITAN MASALAH JANTUNG?

Tags



JENIS-JENIS PENYAKIT JANTUNG

  • penyakit jantung koronari
  • serangan jantung
  • kegagalan jantung kongestif
  • penyakit jantung kongenital
Sebenarnya, apakah punca-punca penyakit jantung?

1) Asap rokok: 

 
  • Seorang perokok lebih berisiko mengalami masalah jantung disebabkan faktor-faktor berikut
  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
  • Tekanan
  • Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan

    • Orang yang terdedah kepada asap rokok juga berisiko yang sama. Sebaik-baiknya, berusahalah untuk berhenti merokok sekarang juga.
    2) Kandungan lemak dan kolestrol tinggi

  • Lebih tinggi kandungan lemak dan kolestrol yang anda ambil, lebih berbahaya untuk anda. Makanan yang tinggi lemak seperti mentega, minyak sapi dan daging perlu dikurangkan pengambilannya.

  •  Masalah kolestrol tiinggi bukan saja boleh menyebabkan penyakit jantung, bahkan penyakit lain juga.

  • Apabila plak(kolestrol jahat) terbentuk pada salur darah, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit.  Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.


  • 3) Kurang bersenam


  • Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung.
  • Apabila bersenam, jantung menjadi lebih kuat dan dapat mengepam lebih banyak darah dengan setiap denyutan. Maka jantung boleh berfungsi pada tahap maksimum dalam keadaan yang tidak membebankan. 
  • Bagi orang yang bersenam kadar denyutan jantung semasa rehat mereka lebih perlahan kerana jantung mereka tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah. 
  • Sebab itulah orang yang bersenam mempunyai risiko paling rendah mengalami sakit jantung. 
  • Banyak kajian mendapati bahawa senaman ringan hingga sederhana sangat baik kepada penghidap sakit jantung.

    4) Darah Tinggi


    • Tekanan darah ditentukan oleh kuantiti darah yang dipam keluar oleh jantung dan had pertahanan dinding saluran darah terhadap aliran darah. 
    • Darah tinggi adalah tanda jantung semakin kuat bekerja untuk mengepam darah. Apabila salur darah sempit, jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah.. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung
    5) Kencing manis

  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung terutamanya mereka yang telah lama bergantung dengan ubat-ubatan kencing manis yang berasaskan drug.
  • Kebanyakan ubat-ubatan kencing manis yang berasaskan drug mempunyai kesan sampingan yang menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh seperti CoQ10.

  • Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapipenyakit jantung koronari

    -Keturunan menghidap penyakit jantung
    -Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan