Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Monday, 6 March 2017

Bahaya Potassium Dan Phosphate Kepada Pesakit Buah Pinggang

BAHAYA POTASSIUM DAN PHOSPHATE KEPADA PESAKIT BUAH PINGGANG YANG PERLU AWDA TAHU

Potassium dan Phosphate adalah mineral yang terdapat dalam kebanyakan makanan yang kita makan. Buah pinggang kita berfungsi untuk mengawal jumlah kedua-dua mineral ini di dalam darah. Tapi awas bagi pesakit buah pinggang, kedua-dua mineral ini boleh menjadi terlalu tinggi bagi mereka.




Tahap potassium yang tinggi dalam darah boleh membawa kepada komplikasi lain seperti lemah badan, kekejangan otot, kesukaran bernafas, degupan jantung yang tidak teratur dan paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung. Manakala tahap phosphate yang tinggi dalam darah boleh menarik keluar kalsium dari tulang dan mengakibatkan tulang rapuh, gatal-gatal, sakit sendi, radang mata dan saluran darah menjadi keras. Jadi, adalah sangat penting untuk pesakit kegagalan buah pinggang mengetahui tahap kedua-dua mineral ini dalam makanan mereka untuk mengelakkan bahaya berganda!

Makanan yang kaya potassium kebanyakkannya dari sumber tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tertentu. Manakala makanan yang tinggi phosphate biasanya daging, ayam , ikan dan pelbagai makanan laut. Makanan yang tinggi kandungan kedua-dua mineral ini terdapat dalam produk tenusu, kacang, biji , coklat dan produk bijirin penuh.


Bagaimana VIVIX SHAKLEE membantu pesakit buah pinggang yang kaya dengan resveratrol. Resveratrol adalah antara yang memainkan peranan penting dalam membantu masalah pesakit buah pinggang.Resveratrol bertindak dengan 6 kaedah, bagi membantu pesakit buah pinggang:

-Antioksidan – Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
-Membantu meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.
-Membantu mengurangkan pengumpulan platlet pada buah pinggang.
-Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang.
-Membantu mengurangkan proses lipid peroksida.
-Membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.

10 Tahun Penantian, Kini Isteri Hamil Semula..

Assalamualaikum

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?




Fuh sabarjela yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang” Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.

Bagaimana nak dapatkan Vivix Shaklee sebagai ikhtiar hamil, hubungi saya:

Set Kehamilan Shaklee

Kehamilan adalah satu perkara yang sangat mengembirakan buat pasangan suami isteri. Namun berapa ramaikah bakal ibu & anak dalam kandungan dalam keadaan sihat dan selamat? Pengambilan vitamin yang selamat sangat penting yang diluluskan oleh kesihatan & merujuk pakar perunding vitamin masalah kesihatan awda sendiri di samping melakukan perjumpaan Dr. Saya ingin berkongsi beberapa khasiat dan fungsi vitamin untuk menjaga kesihatan optimum sentiasa cergas & ceria.




💝APA KELEBIHAN UTAMA SET KEHAMILAN SHAKLEE INI?

Lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
tahan berbulan-bulan
boleh dimakan bersama ahli keluarga
harga yang sangat berbaloi
semulajadi (bukan sintetik)
tidak memberi sebarang kesan sampingan
bonus kesihatan dan kecantikan extra
juga sesuai dijadikan set berpantang
terbukti selamat dan berkesan

💟VITALEA

Vita-lea merupakan vitamin pertama yang dicipta didunia pada tahun 1915. Nama asalnya ialahVitalize-Mineral. Dicipta oleh pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C. Shaklee. Perkataan vita-min pun singkatan dari Vitalize-Mineral. Ha so perkataan vitamin yang kite duk sebut kenal dari zaman sekolah tu asalnya dari Shaklee. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
12 vitamin dan 7 mineral sepert saranan RDA . Formula Vita-lea sangat komprehensif dan seimbang.

Vita-lea ade iron element. Sangat disyorkan buat ibu hamil yang anemia dan mereka yang mengalami luke pendarahan besar.Penutup vitalea berbeza dari penutup botol Shaklee lain, lebih kedap, kerana unsur iron @ zat besi yang mudah teroksida
Vita-lea ade pottasium, kekurangan pottasium dalam badan buat kite selalu lapar dan suke nak mengunyah makanan ringan (food craving).

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

Jadi dengan pengambilan supplement shaklee ini, tiada masalah bagi ibu yang alergic kan.

💟OSTEMATRIX

Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 dalam 1.
Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

💟OMEGAGUARD

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

💟Energizing Soy Protein

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.Kandungan ESP terdiri daripada kalsium, protein vitamin B6, Iron, Thiamin, Riboflavin. Apa khasiat nutrien semua ni?

– Kalsium , untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya tidak bersifat asid
– Vitamin b6 dlm ESP mengurangkan morning sickness
– Iron dlm esp membantu darah dan otot mendapat oksigen
– Thiamin memberi tenaga, bagi tidur lena
– Riboflavin menstabilkan tenaga
– Protein -membentuk kompaun bdn yg penting spt beberapa hormon,enzim dan hemoglobin. Merangsang pertumbuhan dan penggantian tisu dan otot bdan.sebagai Keseimbangan kandungan air, Membentuk antibodi
dan Memelihara keseimbangan badan

ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit

💟B COMPLEX

B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

💗SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Dapatkan Set Hamil Shaklee, hubungi:

Sayangi Ibu Bapa Anda

KASIH SAYANG IBU HINGGA KE SYURGA

Testimoni:

Alhamdulillah perkara yang paling menggembirakan kita bila orang yang kita sayang semakin baik kondisi kesihatan nya.




Komplikasi jantung , buah pinggang dan kolestrol memang amat kritikal sehingga perlu dioperate sekiranya tidak ada perubahan selama 3 bulan.

Syukur Alhamdulillah, bertindak segera dan bijak ambik ikhtiar VIVIX untuk ibu tersayang.

Kesihatan ibu lebih bernilai dari wang ringgit.

Apa Itu Penyakit Pneumonia ?

APA ITU PENYAKIT PNEUMONIA? BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE BERTINDAK?

Pernahkan awda mendengar tentang penyakit paru-paru berair atau pneumonia? Secara ringkasnya penyakit paru-paru berair terjadi apabila berlakunya pengumpulan cecair yang berlebihan di dalam paru-paru. Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi ia juga boleh terjadi akibat dari tindakbalas kimia ataufizikal.





Pneumonia berlaku bila alveoli, iaitu gelembung udara yangbertanggungjawab untuk penukaran gas oksigen dan karbon dioksida di dalam paru paru mengalami keradangan hingga dipenuhi lendir. Akibatnya pertukar gas gas terjejas dan pesakit akan mengalami simptom pnemonia seperti batuk berkahak yang teruk, sakit dada, demam dan susah bernafas.

Pneumonia adalah penyakit yang merbahaya dan boleh menyebabkan kematian kepada pengidapnya terutama kepada warga tua atau kanak-kanak di bawah usia 5 tahun sekiranya ianya tidak dirawat dengan segera. Penyakit ini boleh disahkan melalui xray atau melalui ujian kepada sample kahak daripada pesakit.

Paru Paru Berair Kembali Normal Dengan Pengambilan Vivix. 

Diantara ramuan semula jadi yang terdapat di dalam Vivix juga salah satunya adalah Muscadine Grape. Muscadine Grape adalah anggur yang hebat yang satu-satunya anggur di alam ini yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkannya bagi kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bakteria.

Sunday, 5 March 2017

Kenapa Tubuh Badan Kita Perlukan B-Complex ?

Kenapa tubuh badan kita perlu Vitamin B-Complex/Asid Folic? 

B-Complex adalah vitamin larut air. Bermakna ianya tidk disimpan dalam badan. Jika berlebihan ianya akan dikeluarkan melalui air kencing. Tetapi jika kurang, kita akan mengalami kesan akibat dari kekurangan B-Complex terutama masalah saraf dan metabolisme badan. Disebabkan ia tidak disimpan di dalam badan maka kita memerlukan B-Complex setiap hari tidak kira lelaki mahupun wanita.




💝Apakah kandungan B-Complex Shaklee?

B-Complex Shaklee menawarkan kesemua 8 jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*

💝Apa kelebihan dan kebaikan B-Complex Shaklee?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan B-Complex Shaklee. Boleh dikatakan 1001 fungsi yang bermanfaat. Diringkaskan, B-Complex Shaklee:
membantu untuk fungsi normal saraf (sakit-sakit urat dan rasa menyucuk tu sesuai lah)
untuk metabolisme badan
memberi tenaga
cegah anemia dengan membantu penghasilan sel darah merah
galakkan perkembangan sel yang sihat
memberi ketenangan
elak stress
kuatkan antibodi badan
membantu pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat
membantu sintesis DNA dan sel-sel badan

💝Siapa yang sesuai ambil B-Complex Shaklee?

Semua golongan bermula dari umur 15 tahun ke atas sesuai mengambil B-Complex Shaklee. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Mereka yang mengalami stress, keletihan dan beban kerja yang menekan juga digalakkan mengambil B-Complex Shaklee. Tidak lupa untuk mereka yang menjaga kecantikan wajah dan kulit terutama mereka yang mengalami tona kulit yang tidak sekata kerana B-Complex Shaklee membantu menggalakkan peredaran darah yang baik.

Ibu hamil juga amat digalakkan untuk mengambil B-Complex Shaklee kerana ia juga mengandungi asid folik.

untuk keterangan lanjut, hubungi: