Monday 22 May 2017

Darah Tinggi risiko Jantung membengkak!

Apakah Itu Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi ialah penyakit yang biasa berlaku berlaku apabila darah yang mengalir di saluran darah (arteri) mempunyai tekanan yang lebih tinggi dari biasa. Tekanan darah diukur melalui berapa jumlah darah yang di pam oleh jantung, berbanding berapa jumlah rintangan terhadap pengaliran darah di dalam arteri kita.

Meskipun mempunyai pelbagai simptom yang berkaitan dengan penyakit darah tinggi, kebanyakkan dari kita tidak sedar bahawa kita mempunyai sakit darah tinggi kecuali melalui pemeriksaan dengan pakar. Dengan menggunakan peralatan untuk memeriksa tekanan darah tinggi, 2 jenis bacaan akan diambil iaitu Systolic Pressure dan Diastolic Pressure.

Systolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berdegup ketika mengepam darah. Bacaan tekanan sistolik yang normal ialah di bawah 120 mmHg.

Diastolic Pressure: Tekanan darah apabila jantung berehat di antara degupan. Bacaan tekanan diastolik yang normal ialah di bawah 80 mmHg.

Bacaan tekanan darah ditulis dengan cara nombor Sistolik di atas nombor Diastolik. Contohnya, 118/75 mmHg. 118 ialah bacaan Sistolik, manakala 75 ialah bacaan Diastolik. Tekanan darah yang lebih tinggi dari 120/80 mmHg di kategorikan sebagai tekanan darah luar biasa.

🔸faktor risiko tekanan darah tinggi :
✔Kerap mengambil banyak garam & berminyak
✔Mempunyai berat badan berlebihan
✔Memiliki keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi
✔Kurang makan buah dan sayuran
✔Jarang bersenam
✔Minum terlalu banyak kopi (atau minuman lain yang mengandung kafein)
✔Minum minuman keras / arak
✔Stress

🔹Simptom-simptom tekanan darah tinggi
Di antara tanda-tanda individu yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah:
✔Kerap sakit kepala.
✔Mudah penat atau keliru.
✔Masalah penglihatan.
✔Sakit dada.
✔Sukar bernafas.
✔Degupan jantung luar biasa.
✔Darah di dalam air kencing.

Jika anda ada salah satu daripada simptom tekanan darah tinggi di atas, segeralah berjumpa doktor. Anda berkemungkinan menghadapi krisis hipertensi yang mengakibatkan serangan jantung ataupun strok.

Masalah hipertensi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kepada penyakit yang lebih serius seperti strok, kegagalan jantung, serangan sakit jantung, menjejaskan penglihatan mata, serta kegagalan buah pinggang.

🔸Apa akan terjadi sekiranya tekanan darah tetap tinggi dan dibiarkan tanpa sebarang ikhtiar?

Jika hipertensi ini dibiarkan tanpa sebarang ubat ataupun ikhtiar, komplikasi yang lebih teruk dari tekanan darah tinggi boleh berlaku.

Tekanan darah yang berlebihan boleh merosakkan pembuluh darah yang besar dan juga yang kecil.

Contoh kerosakan pembuluh darah yang besar adalah seperti strok dan serangan jantung. Manakala contoh kerosakan pembuluh darah yang kecil ialah kegagalan buah pinggang dan gangguan penglihatan disebabkan kerosakan mata.

Satu lagi komplikasi akibat tekanan darah tinggi ialah ‘atrial fibrillation’ atau degupan jantung yang tidak stabil. Ini menyebabkan pesakit merasa berdebar-debar dan kadang-kala pening dan sesak nafas.

Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan jantung membengkak dan boleh berlarutan hingga ke peringkat lemah jantung. Jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Satu lagi komplikasi ialah bengkak di saluran darah utama yang paling besar di badan manusia dinamakan aorta. Salur darah ini membawa darah yang padat kandungan oksigen dari jantung ke seluruh organ tubuh. Pembengkakan aorta ini dipanggil aneurisme. Aneurisme ini kadangkala boleh menyebabkan aorta terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak. Komplikasi ini boleh menyebabkan pesakit MAUT.

Sebelum komplikasi yang lebih teruk dan kronik menyerang, berikhtiarlah dengan menggunakan tonik merah Vivix. Keistimewaan Vivix yang tak disangkal lagi, telah membantu ramai pesakit darah tinggi bebas daripada hipertensi dan ada yang telah bebas daripada bergantung sepenuhnya kepada ubat hospital.

🔹Apa Keistimewaan Vivix Sehingga Mampu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi?

Bagi anda yang belum tahu, bagaimana rupanya tonik merah Vivix ni, boleh tengok gambar di bawah.

Kandungan Vivix yang kaya dengan resveratrol sangat-sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Resveratrol dapat menurunkan trigliserida , LDL, dan lemak berlebihan di dalam darah serta meningkatkan nisbah kolesterol HDL dan LDL. Resveratrol di dalam Vivix juga berperanan sebagai ” pembersih pembuluh darah “, membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah terbentuknya pembekuan darah.

Resveratrol yang terkandung di dalam Vivix juga dapat mencegah terbentuknya arteosklerosis (keradangan pada pembuluh darah), mencegah kekejangan pembuluh darah, mengawal bekalan darah normal ke seluruh jaringan dan organ tubuh, serta dapat memperbaiki pengerasan pembuluh nadi dan tekanan darah serta mencegah penyakit yang berkaitan dengan saluran darah jantung.

Satu botol Vivix adalah untuk tempoh penggunaan selama sebulan. Dan sebotol Vivix menyamai kuantiti resverstrol yang terdapat di dalam 3000 gelas red wain. Tapi, kita tak boleh minum red wain kan?
Jadi, untuk dapatkan keistimewaan resveratrol, Vivix adalah pilihan terbaik untuk anda. Syarikat Shaklee telah membelanjakan berbillion dolar dalam menjayakan penghasilan Vivix ni. Sangat rugilah kiranya kalau kita tidak manfaatkan kelebihan yang ada dalam Vivix.

Bagaimana nak dapatkan Vivix membantu tekanan Darah Tinggi awda, hubungi saya sekarang:

📲+6738864384
💻FB/IG~Rose Emalda

✔Saya Stokis dan Pengedar Vitamin semulajadi Shaklee dipercayai di Brunei dan Sarawak

✔Memberi tunjuk ajar cara pengambilan vitamin dengan tepat dan betul

✔Konsultasi dan Follow up perkembangan kesihatan awda dengan percuma