Monday, 13 March 2017

RAHSIA 11 AMALAN UNTUK MURAH REZEKI

Perkongsikan amalan untuk murah rezeki supaya kita dapat amalkan bersama-sama. Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu usaha kita dan kita kena yakin rezeki itu datangnya daripada Allah.

11 Amalan Untuk Murah Rezeki

#1-Memperbanyakkan Beristighfar

Nabi Nuh berkata kepada kaumnya,

Firman Allah SWT maksudnya :  “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi S.A.W,

” Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

#2- Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan

Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampuberjemaah secara konsisten di masjid.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a

#3- Hindari Dosa

Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

#4- Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa

Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

#5-Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan sila gantikan dhomir yang bersesuaian.

#6- Banyakkan Bersedekah

Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah. Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.

Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261)

 #7- Membantu Mereka Yang Lemah

Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW bersabda maksudnya

“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim

#8- Mudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

#9- Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia

Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Nabi SAW bersabda

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

#10- Muliakan Tetamu Yang Bertandang

Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali,

“Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.

#11- Solat Dhuha

Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi,

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

#12- Sentiasa Bersyukur

Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.

Firman Allah SWT,

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

#13- Tidak Putus Berdoa Kepada Allah

Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hambaNya.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

“Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” 

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” 

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” 

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” 

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)

#14- Bertawakal Kepada Allah

Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah,

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)

kesemua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja. Namun kesihatan, ketenagan hati dan sebagainya. 

Semoga segala usaha kita untuk mencapainya mendapat keredhaan Allah dan diluaskan rezeki kita agar kita lebih banyak memberi kepada orang lain.. Amiin

Kredit by: Roswati Zainal

FB/IG: Rose Emalda