Wednesday, 12 April 2017

RAWATAN ALTERNATIF KANSER USUS? CEGAH SEBELUM PARAH!



Usus dan rektum merupakan sebahagian dari sistem pencernaan yang berfungsi mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa tersebut sehingga ia dikeluarkan dari tubuh sebagai najis. 

Seseorang dikatakan mengidap kanser usus bermula dari 180 cm ataupun 6 kaki pertama usus besar. Di situlah makanan akan ditukarkan menjadi najis dan ia akan bergerak ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 cm atau 6 inci terakhir usus besar usus besar yang berakhir dengan dubur.

Punca sebenar masalah kanser usus atau kolon adalah tidak diketahui, tetapi dipercayai bermula dari gaya hidup dan pemakanan seseorang. Kanser usus terjadi apabila terdapatnya sel-sel yang tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar



Punca Kanser Usus

1. Golongan berusia cenderung terdedah kepada kanser usus terutama yang berumur 50 tahun ke atas.

2. Kurangnya mengambil makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Pengidap diabetes dan obesiti.

4. Pengambilan alkohol dan perokok

5. Mempunyai keluarga yang memiliki sejarah kanser usus meningkatkan potensi untuk mengidap kanser usus.

6. Keluarga yang memiliki polip usus atau penyakit usus, penyakit ulserative usus ataupun penyakit Crohn.

Tanda Kanser Usus 
 
Kanser usus seringkali kurang menampakkan tanda-tanda sehingga ia berada diperingkat kritikal. Antara gejala-gejala kanser usus adalah seperti;

1. Najis berdarah

2. Cirit-birit atau sembelit yang berlainan dari biasa.

3. Sering sakit perut

4. Sering letih

5. Penurunan berat badan yang tidak pasti punca sebenar.





Tahap 0

Merupakan tahap dimana sel kanser dikenalpasti pada lapisan dalam usus atau rektum.

Tahap 1

Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke dinding-dinding usus atau rektum tetapi belum merebak keluar.

Tahap 2

Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah menyerang rangkaian sekitarnya tetapi belum merebak ke kelenjar lain.

Tahap 3

Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke kelenjar lain tetapi belum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tahap 4

Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke bahagian tubuh yang lain misalnya hati dan paru-paru.

[Sumber ; http://www.ubatkanseralternatif.com/index.php/kanser-usus ]

Rawatan Pengesanan Kanser Usus 

1. Pemeriksaan Rektal Secara Digital 

Melalui ujian ini, doktor akan  membuat pemeriksaan terhadap beberapa inci pertama bahagian rektum untuk polyp besar dan kanser. Kaedah ini selamat dan tidak menyakitkan. Akan tetapi ia hanya melibatkan bahagian bawah rektum dan tidak boleh mengesan masalah lain di bahagian atas rektum dan kolon.

2. Ujian darah fekal okulta

Ujian ini mengesan kehadiran darah pada najis. Akan tetapi tidak semua darah memberikan keputusan bahawa anda pengidap kanser, dan tidak semua pesakit kanser mempunyai najis berdarah. Ini juga tidak menghasilkan keputusan yang tepat kerana kehadiran darah dalam najis mungkin juga disebabkan oleh buasir atau keadaan usus selain kanser.

3. Sigmoidoskopi yang fleksibel

Doktor akan menggunakan tiub yang fleksible, halus dan hujungnya berlampu untuk memeriksa rektum dan sigmoid yang terletak lebih kurang dua kaki terakhir dalam kolon anda.

4. Enema barium
Sinar X digunakan untuk melihat keseluruhan usus besar. Barium, merupakan sejenis bahan pencelup kontras diletakkan dalam usus. Kandungan udara akan ditambah sewaktu ujian ini dijalankan. Barium akan mengisi dan melapisi lapisan bowel, mencipta salah satu bayangan rektum serta kolon. Sigmoidoskopi yang fleksibel selalu dilakukan sebagai tambahan kepada enema bariun untuk membantu mengesan polyp-polyp kecil yang tertinggal di bawah sinar X enema barium, lebih-lebih lagi di bahagian bawah bowel dan rektum.

5. Kolonoskopi

Kolonoskopi merupakan ujian yang paling sensitif untuk kanser usus, kanser rektal dan polyp. Jika terdapat mana-mana polyp sewaktu pemeriksaan, doktor mungkin akan membuangnya atau mengambil sampel tisu (biopsi) untuk dianalisis. 

[Sumber ; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm]

[Sumber ;  http://www.ubatkanseralternatif.com/index.php/kanser-usus]

Cegahlah Kanser Usus Sebelum Terlewat

Langkah terbaik dalam mencegah kanser usus adalah dengan mengamalkan pemakanan seperti makanan tinggi serat contohnya bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan mengambil makanan yang menggunakan tinggi bahan pewarna dan pengawet. Elakkan alkohol dan berhentilah merokok. Pengambilan air putih yang mencukupi juga membantu. Jangan lupa.... stress turut menyumbang kepada masalah kanser usus. Jadi, uruslah stress dengan baik !!

Bagi mereka yang telah berusia melebihi 50 tahun, usahakanlah untuk membuat ujian saringan kanser sebagai salah satu pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

APAKAH RAWATAN ALTERNATIF KANSER USUS?





 

Credit by:
Roswati Zainal

Bagaimana nak order:
Hubungi saya 6738864384
Email: edse_277@hotmail.com
FB/IG:Rose Emalda
Stokis dan Pengedar Vitamin Semulajadi Shaklee Sarawak & Brunei (Temburong, Kuala Belait & BSB)